My Passion


Jonas Brothers - When You Look Me In The Eyes

Wednesday, August 13, 2008

Miki ku telah tiada ~~~~

salam kepada semua.
setelah sekian lama tidak aku meng-update-kan diri ini di blog ini.
maafkan daku kerana menyepi sekian lama namun sudah tiba masa kini untuk menaip2 tentang apa yang telah berlaku.
(bukan ada cerita best pun)
hhohohohoh
dan terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang telah meluangkan masa untuk buka dan menunggu update dari aku.terima kasih dan maaf dari diri ini.
;)


kes lama tak update ni sebab cuti sem hari tuh. kat kl takde internet so tak update la.
pastuh leh la bila masuk sem(dah hampir stengah sem dah ni) malas lak nak update. bila diikutkan kemalasan itu, terus la ia menjadi routine harian utk tidak meng-update-kan
diri di blog ini.
haih~~~~

tentang miki plak,
miki ini boleh dikategorikan sebagai binatang belaan kami secara tidak sah la...
miki ini seekor anjing yg pada mulanya memulakan karier sebagai anak anjing di kawasan rumah kami. dan ia berlaku pada 2 sem yang lepas dalam jangkaan hampir2 7 ke 8 bulan yang lepas. kami tidak tahu dari planet atau dunia mana dia datang tapi kami menerima dia dengan seadanya. sungguh rindu aku kepada miki ini kerana dari kecik dia berada didepan rumah kami dan menjaga ketenteraman rumah kami dari pencuri dan kini dia telah tiada.
(tak tau pegi mana)
harap2 jodoh akan ketemukan kami semula suatu hari nanti.
insya'allah.....

haih ini la ape yang aku leh update buat masa waktu ini dan kepada hadirin dan hadirat jangan salah sangka akan pembelaan anjing yang bernama miki ini kerana kami tidak pernah sesekali pun menyentuhnya dan tidak juga kami membalun(pukul,cerca,hina,dan seangkatan dgnnya).

sekian terima kasih.

Azhan (maaflah kalau2 korang pening bila baca post ni sebab ayat aku yang sungguh songsang.hehhe)

4 comments:

'izzaty salehhon said...

tumpang simpati atas kehilangan miki mu... =)

@2hunt said...

hahahha terima kasih.
;(

Anonymous said...

aku yg colik miki hangpa

@2hunt said...

lord96:
hahhah sempat lak kau colik miki aku ek?hehhehhe