Happy Chinese New Year ~~~~
Happy Chinese New Year ~~~~
tahun ni tahun tikus. so aku dengar banyak la luck ke apa ke yang akan ada tahun ni mengikut kepercayaan orang cina. aku taktau banyak sangat :D
>raya tahun ni bermula
pada hari selasa (5hb feb) aku naik bas kul 5.30 ke kl. sampai kl aku macam biasa la makan2 dengan family aku dan bersembang la nak buat apa nanti raya cina. kami bertolak ke Kedah pada hari rabu (6hb feb) kul 2.30 camtu. tengah dalam perjalanan berhenti la kami di perhentian tapah katanya bapak aku nak bagi enjin sejuk skit sebab time tu cuaca sangat panas. pastu terjumpa la aku ngan budak junior MMU aka kawan aku aka Liiaa (macam ni la kot nama dia. heheeheh). sembang2 skit pastu kami pun bertolak ke kedah.
sampai jer kedah dalam kul 9.30 pm camtu. makan malam dengan family belah mak aku pastu diorg ada buat sembahyang diorg (bakar colok besar, aku tak pasti panggil apa la). habis jer diorg sembahyang, apa lagi, pakcik aku (Adik mak aku) kluarkan mercun bola kami pun membakar la sesuka hati. hahahaha. lama siot tak main. lepas tu kami semua pegi melawat umah mak cik aku (kakak mak aku) sambil nak tengok anak dia baru lepas accident. jahitan sebanyak 112 kot kalau tak salah aku kat kepala dia saja.agak teruk la. tapi takde kecederaan serius pun. nasib baik la.
esok nye (khamis = Raya Cina) diorg sembahyang pastu kami pun mula la membuat muka tebal nak angpau. hahahah. boleh tahan gak la angpau tahun ni RM52 (bagi average people tu dah cukup bagus). tengah hari je kami ke umah besan nenek aku (bini pakcik aku). sampai sana lepak2, sembang2 makan2 pastu dapat call dari kawan mak aku yang diorg dan sampai umah (muslim, melayu, dtg dari penang). tengah naik kereta nak sampai umah jer family adik kepada nenek aku lak call katanya dah sampai gak. so kami pun layan2 sembang la semua. kenal situ, kenal sini pastu ada la beberapa kawan pakcik aku dan sedara nenek aku pun sampai gak hari tu. tak dilupakan kawan mak aku yg dulunya di KL skang dah kat kota kuala muda, kedah pun sampai gak.
2nd day CNY (Jumaat) pagi tu ada 'nat' (pasar pagi) depan umah nenek aku (jalan besar depan umah nenek aku). so aku pun pegi la jalan2 carik seluar atau baju tapi takde gak. petang je family belah mak aku semua bersiap nak pergi ke bangkok (ada lawatan ke istana di Siam). diorg bertolak dari umah dalam kul 4 ptg kot. malam je kami pun taktau nak buat apa, ingatkan nak g karaoke kata mak aku la. (padahal tak pernah karaoke pun kitorg.hahahha). alih2, tengah nak kluar umah makcik aku (kakak mak aku) call suruh datang umah la beraya. kami pun pegi la umah makcik aku tu dan lepas tu kami lepak kat kedai mamak. makcik aku belanja. thank u a'ie (panggilan makcik).
3rd day pagi2 bersiap nak bertolak balik. dalam kul 11pg kami bertolak sampai ke kota kuala muda (singgah umah kawan mak aku dulu) dalam kul 2.30ptg camtu. dapat makan ikan bakar dan air kelapa fresh punya dari pokok depan umah dia. :D
pastu kami pun ke penang (umah kawan mak aku lagi sorg) sampai dalam kul 6.30 camtu. sembang2 ngan anak2 dia dan family kawan mak aku tuh sampaikan kluar makan malam kat food court mana pun aku taktau (setelah merayau2 dalam satu jam atau sejam lebih carik tempat makan.hehehhe). kawan mak aku tu belanja plak. thanks aunty. :D
kami bertolak ke KL dalam kul 12am gak la. asalnya nak 'berkelah' di rumah kawan mak aku tu tapi tak jadi. so kami sampai KL dalam kul 7.30 am. alhamdulillah skang aku di melaka la. :D
itu la perjalanan aku dan family aku pada CNY tahun ni. takde apa2 sangat la tahun ni. just simple celebration jer. :D
Azhan ( Happy Chinese New Year Guys) :D
8 comments:
namakuh juwa tersebut d sini. oyeah! kg kita sama d kedah! "awat hang tak habaq awai2?" ehehe.
:D
nway;
happy CNY azhan!
(:
liia :
heheh nama mu takkan ku lupa. :P
kita memang se kg la chek noh..hahahha hg pun await tak habaq awai2?hahha next time pi kedah bgtau noh.hahahhaha
see u around.
leng chai.. Happy Chinese New Year..
mkn besar xda ka?
lord:
hai leng chai,makan ada tapi tak besar la. sebab kitorg memang selalu makan besar bila kitorg sampai sana. :D
thanks for the wish :D
still in mood cny? i didn't see new post here..:)
hubsville:
hahah baru je buat post baru tentang Ghost series kat 8TV.ada masa baca dan comment la eh.thanks for dropping by :D
Wish you a very happy New Year Dear...
I like your blog
Preity
angel/preity :
thanks for the wish. :D
happy new year to you too.
Post a Comment