My Passion


Jonas Brothers - When You Look Me In The Eyes

Sunday, February 24, 2008

Jumper






aku baru g tengok movie ni tadi ngan kawan2 aku. agak best ar cerita ni walaupun aku dah lama tau org lain dah tgk movie ni. tapi aku jenis akan comment or post blog about movies bila aku dah tengok trailer tu atau tonton movie tu.

cerita ni tentang budak lelaki yang pertama kalinya leh ala2 teleport la masa dia berumur 5 tahun. tapi die start perasan die leh kawal power die tuh masa umur 15 tahun. mak die tinggal kan die masa dia umur 5 tahun. dan dari situ bapak die yg jaga die dan die rasa bapak die tu kurang cukup baik la kat die. so bila dia tau die leh control power tu masa umur 15, die pun lari umah la dan buat la apa yang patut sampai lepas 8 tahun kemudian, die jumpe la orang2 yang nak bunuh dan tolong dia. so selebihnya korg kena tgk sendiri la cerita die. kalau korg dah tgk ok la. kalau belum g la tengok. :D

aku tulis post ni sebab cerita ni bawak satu idea baru dlm perfileman. walaupun macam karut, still die leh bawak cerita ni untuk tontonan umum la. cerita die tak berat sangat dan boleh la ditonton untuk layan kan. :D

so ape lagi rakan2 yg belum tgk, g la tgk sementara pawagam masih mainkan filem ni. :D

Azhan ( layan worr cerita ni ) :D

Monday, February 18, 2008

Ghost on 8TV




Series dr 8TV. lagi sekali tahniah la 8TV dapat buat series yg agak bagus dan boleh dibanggakan la. aku pun bukan jenis yang tgk cerita 'buatan' Malaysians. tapi kali ni aku salute dan aku siap feeling masa tgk series ni. dari cinematography, editing, actors, storyline, music, memang ni diantara series TV malaysia yang aku salute gila2 la.

korang kena gak la bukak 8TV dan tgk series ni. tapi aku mintak maaf sebab aku pun taktau pukul brapa dan hari apa series ni ditayangkan. tapi kalau korang nak tengok balik dari first episode, korang boleh la ke www.8tv.com.my - Ghost
kat situ korang leh start balik dr first episode kalau korang dah terlepas. aku pun baru start tgk. memang puas hati la hasil kerja kali ni.

Pelakon:
- Nazrudin Rahman
- Cheryl Samad ( i love her~~~~)
- Carmen Soo
- Reefa
- Razif hashim

Penerbit Eksekutif (diantara otai2 yg pernah buat series best)
- Ng Ping Ho
- Anne Low

asal aku start tengok series ni? satu, sebab ada Cheryl Samad. diantara artist malaysia yg aku minat gila. kedua, sebab penerbit eksekutif series ni iaitu Ng Ping Ho dan Anne Low. diantara penerbit/pengarah yg pernah buat series best kat malaysia ni. so harap korg leh la take a look first and then kritik la apa yg patut atau tak. :D

Azhan ( layan siot series ni.) :D

Sunday, February 10, 2008

Happy Chinese New Year ~~~~



Happy Chinese New Year ~~~~

tahun ni tahun tikus. so aku dengar banyak la luck ke apa ke yang akan ada tahun ni mengikut kepercayaan orang cina. aku taktau banyak sangat :D

>raya tahun ni bermula
pada hari selasa (5hb feb) aku naik bas kul 5.30 ke kl. sampai kl aku macam biasa la makan2 dengan family aku dan bersembang la nak buat apa nanti raya cina. kami bertolak ke Kedah pada hari rabu (6hb feb) kul 2.30 camtu. tengah dalam perjalanan berhenti la kami di perhentian tapah katanya bapak aku nak bagi enjin sejuk skit sebab time tu cuaca sangat panas. pastu terjumpa la aku ngan budak junior MMU aka kawan aku aka Liiaa (macam ni la kot nama dia. heheeheh). sembang2 skit pastu kami pun bertolak ke kedah.

sampai jer kedah dalam kul 9.30 pm camtu. makan malam dengan family belah mak aku pastu diorg ada buat sembahyang diorg (bakar colok besar, aku tak pasti panggil apa la). habis jer diorg sembahyang, apa lagi, pakcik aku (Adik mak aku) kluarkan mercun bola kami pun membakar la sesuka hati. hahahaha. lama siot tak main. lepas tu kami semua pegi melawat umah mak cik aku (kakak mak aku) sambil nak tengok anak dia baru lepas accident. jahitan sebanyak 112 kot kalau tak salah aku kat kepala dia saja.agak teruk la. tapi takde kecederaan serius pun. nasib baik la.

esok nye (khamis = Raya Cina) diorg sembahyang pastu kami pun mula la membuat muka tebal nak angpau. hahahah. boleh tahan gak la angpau tahun ni RM52 (bagi average people tu dah cukup bagus). tengah hari je kami ke umah besan nenek aku (bini pakcik aku). sampai sana lepak2, sembang2 makan2 pastu dapat call dari kawan mak aku yang diorg dan sampai umah (muslim, melayu, dtg dari penang). tengah naik kereta nak sampai umah jer family adik kepada nenek aku lak call katanya dah sampai gak. so kami pun layan2 sembang la semua. kenal situ, kenal sini pastu ada la beberapa kawan pakcik aku dan sedara nenek aku pun sampai gak hari tu. tak dilupakan kawan mak aku yg dulunya di KL skang dah kat kota kuala muda, kedah pun sampai gak.

2nd day CNY (Jumaat) pagi tu ada 'nat' (pasar pagi) depan umah nenek aku (jalan besar depan umah nenek aku). so aku pun pegi la jalan2 carik seluar atau baju tapi takde gak. petang je family belah mak aku semua bersiap nak pergi ke bangkok (ada lawatan ke istana di Siam). diorg bertolak dari umah dalam kul 4 ptg kot. malam je kami pun taktau nak buat apa, ingatkan nak g karaoke kata mak aku la. (padahal tak pernah karaoke pun kitorg.hahahha). alih2, tengah nak kluar umah makcik aku (kakak mak aku) call suruh datang umah la beraya. kami pun pegi la umah makcik aku tu dan lepas tu kami lepak kat kedai mamak. makcik aku belanja. thank u a'ie (panggilan makcik).

3rd day pagi2 bersiap nak bertolak balik. dalam kul 11pg kami bertolak sampai ke kota kuala muda (singgah umah kawan mak aku dulu) dalam kul 2.30ptg camtu. dapat makan ikan bakar dan air kelapa fresh punya dari pokok depan umah dia. :D
pastu kami pun ke penang (umah kawan mak aku lagi sorg) sampai dalam kul 6.30 camtu. sembang2 ngan anak2 dia dan family kawan mak aku tuh sampaikan kluar makan malam kat food court mana pun aku taktau (setelah merayau2 dalam satu jam atau sejam lebih carik tempat makan.hehehhe). kawan mak aku tu belanja plak. thanks aunty. :D

kami bertolak ke KL dalam kul 12am gak la. asalnya nak 'berkelah' di rumah kawan mak aku tu tapi tak jadi. so kami sampai KL dalam kul 7.30 am. alhamdulillah skang aku di melaka la. :D

itu la perjalanan aku dan family aku pada CNY tahun ni. takde apa2 sangat la tahun ni. just simple celebration jer. :D

Azhan ( Happy Chinese New Year Guys) :D

Monday, February 4, 2008

Bleeding Love - Leona Lewis

*From Wikipedia, the free encyclopedia



Leona Louise Lewis (born 3 April 1985) is an English singer-songwriter and winner of the third series of the popular television talent show The X Factor.

Her debut single, "A Moment like This", was released in December 2006, breaking a world record after it was downloaded fifty thousand times within thirty minutes. Her second single "Bleeding Love" was the biggest selling single of 2007 in the United Kingdom. Her debut album, Spirit, was released in November 2007, and became the fastest selling debut album ever in both the United Kingdom and the Republic of Ireland. It is claimed Lewis will be the first winner of a major television talent show in either the UK or U.S. to be given a major global launch with the release of their debut album.


Korang try dengar la lagu dia. aku layan siot lagu Bleeding Love dia tu. ada video lagu ni kat atas ni. dengar2 kan la. :D

Azhan (layan siot lagu ni)